Nenek pernah cakap,
Situasi 1:
Orang yang berpotensi untuk memiliki duit yang banyak adalah orang yang apabila duit gaji masuk, dia masih tiada perancangan untuk menggunakan duit tersebut
Situasi 2:
Orang yang berpotensi untuk selamanya menjadi orang yang tidak berduit adalah orang yang telah menyediakan senarai barangan yang mahu dibeli walhal duit gaji belum pun lagi masuk. Lebih kritikal senarai itu melebihi nilai duit yang bakal masuk ke akaunnya
Ya, cerita2 yang digambarkan di atas ada kebenarannya. Orang yang berduit tidak semestinya memiliki semua benda yang orang lain miliki. Malah duit yang tidak digunakan itu mampu menjadi bekalan untuknya nanti.
Bagaimana jika anda hanya ada seringgit dalam poket?!!Pernahkah anda membayangkan atau pernahkan anda berada di dalam situasi ini. Bersama2 lah kita berusaha untuk mengelakkan diri kita daripada situasi sebegini. Ya, duit bukan segala2 nya. Namun, kita semua tahukan betapa pentingnya duit dalam kehidupan seharian kita.
Kepada kawan2 blogger, saya masih baru. Tunjuk ajar kalian amat2 saya harapkan. Semoga kita boleh berkongsi strategi dan perancangan mencapai bebas masalah kewangan.